Thursday, October 24, 2013

Latihan Industri di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka

Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh yang Maha Esa untuk terus menaip bagi memeriahkan blog pencari ilham ini

Oklah sebelum ini aku dah cerita sedikit sebanyak proses yang dilalui sebelum menjalani LI kali ni kita teruskan pula coretan semasa menjalani LI di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM) Ayer Keroh di Bumi Hang Tuah penuh bersejarah ini.

Tempoh LI yang diwajibkan oleh jabatan sains marin adalah selama 8 minggu ataupun 2 bulan bermula 25 jun 2013 hinggalah 26 Ogos 2013. Satu pengalaman bagi aku apabila keluarga telah menguruskan pembelian sebuah motosikal untuk aku gunakan sepanjang LI di Melaka. Memandangkan aku belum biasa menunggang motosikal jauh ditambah pula barang yang tidak sesuai untuk dipikul menaiki motosikal aku diiringi ayah dengan menaiki keretanya untuk ke Melaka.aku telah menyewa sebuah bilik di Pangsapuri Taman Tasik Utama area MITC, tak jauh pun dari tempat LI 5 minit je.
Aku dan JNM 
Rumah sewaku di tingkat 4 letih naik tangga wooaa


Aku telah melapor diri pada 25 Jun 2013, hari pertama aku diperkenalkan dengan beberapa kakitangan TBRM Kak Ida pembantu Tadbir , Pemandu Abg Jepp, juru selenggara Pak Cik Azmi dari unit operasi Abg Isa , Roland, saifullah, Faiz, Mamat,Maman,Paep.

Aku memberitahu kepada pihak TBRM tentang minat aku terhadap buaya dan ingin mempelajari sedikit sebanyak tentang reptilia ini. Sepanjang LI di sini aku telah ditugaskan untuk membersihkan kolam buaya, memberi makan buaya dan memberikan penerangan kepada pengunjung tentang  buaya serta mempromosikan makanan buaya. Satu pengalaman menarik apabila berpeluang masuk ke dalam kolam kurungan buaya untuk membersihkannya dan member reptilia makan

sapu jangan tak sapu 

sambar sambar sambar 

TBRM bukan sahaja mempunyai buaya sebagai daya tarikan utama, haiwan lain seperti arnab anggola, ular sawa, Anakonda, pelbagai jenis burung, kura-kura ,tuntung dan ikan koi . Pengunjung berpeluang untuk membeli pek makanan untuk diberikan kepada arnab dan burung. Aktiviti terbaru semasa aku menjalani LI di sini adalah memberikan ikan koi makan menggunakan botol susu. Aku telah ditugaskan bagi mempromosikan produk jualan tersebut kepada pengunjung yang hadir. Unit jualan dan akaun yang banyak membantu Fara, Aiman dan terbaru Yana

mempromosikan aktiviti menyusukan ikan Koi

adik ni pun dah cuba susukan ikan 
main dengan arnab pon boleh 

burung pun ada di Aviary Corner 

Ular Bakau di Rumah Reptilia 

Aktiviti yang dinantikan oleh pengunjung adalah pertunjukan manusia bersama buaya yang diadakan pada hujung minggu, pertunjukan ini dimulakan dengan pertunjukan silap mata, tarian tradisional, aksi memasukkan tangan ke dalam mulut buaya dan terakhir aksi memasukkan wang kertas ke dalam mulut buaya menggunakan mulut pelaksana TBRM. Pertunjukan dimeriahkan lagi dengan kehadiran TC Boy maskot TBRM.Bagi aktiviti rekreasi terdapat juga Taman Tema Air, Rumah Hantu dan Kereta api. Sememangnya sesuai untuk destinasi sekeluarga


Selain menguruskan haiwan yang terdapat di sini kerja pembersihan kawasan sekitar juga perlu dilakukan demi keselesaan pengunjung dan menambahkan lagi seri kawasan taman landskap yang menarik akan menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bergambar

Dalam masa yang sama peristiwa besar dalam hidup umat Islam turut dilalui iaitu Ramadhan dan Syawal. Berpuasa di tempat orang dah jadi kebiasaan sejak tahun satu di UMT berbuka di masjid menjadi pilihan apabila ada juadah berbuka puasa disediakan di Masjid Al Alami Mitc. Kehadiran IM Hizbur di Jasin menyebabkan aku sanggup hadir ke Jasin yang mengambil masa setengah jam dari Ayer keroh. Pulang ke Batu Pahat bermotosikal dua minggu sekali mematangkan sikap aku di jalan raya

Bersama IM Hizbur di Masjid Al-Ghaffar Jasin


Bersyukur juga dapat menyertai kelas latihan PSSCM Cawangan Melaka walaupun agak letih selepas seharian berpuasa dan bertugas. Dapatlah mengeratkan silaturrahim dengan ahli di sekitar Melaka di samping bersedia untuk Ujian Sijil Rendah 
Rumah cawangan PSSCM Melaka

Raya Aidilfitri pula disambut dengan meriah tapi sederhana tambahan pula baru kematian nenek ayah bulan Mei lalu
Sambutan Aidilfitri disertai cuti sekolah meningkatkan sambutan pengunjung setelah banyak aktiviti dihentikan seketika semasa ramadhan  

Masa dua bulan tak lama sekejap sahaja penyelia UMT Dr. Razak Zakaria telah datang menilai pada minggu terakhir aku menjalani LI. Tamatlah sudah perjalanan LI ku terima kasih kepada GM TBRM En Muhaimin dan Pegawai Operasi En sarath atas penempatan LI di sini. 

Latihan Industri

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini

apa khabar sahabat sekelian ?
hampir hilang kewujudan blog pencari ilham ini dari ingatan aku setelah 4 bulan menamatkan pengajian baru teringat namun begitu belum terlambat rasanya nak mengemaskini
status yang telah menjadi memori dalam diriku

Aku adalah seorang pelajar Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) tahun akhir untuk bergraduat latihan industri (LI) atau dikenali sebagai praktikal mestilah dijalani sebagai prasyarat untuk menamatkan pengajian. Penyelaras kami Dr Ong Meng Chuan dan Dr. Mohd Fadzil meminta kami mencari dan membuat permohonan kepada beberapa syarikat yang menjadi pilihan pelajar untuk menjalani LI.

ada program yang menjalani LI semasa semester 4 bertuahnya kami diletakkan semasa semester ke 6 untuk 2 bulan sahaja kerana berkemungkinan akan diserap masuk bekerja di tempat LI masing masing.

Masa inilah untuk mempromosikan diri dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam kelas 'English for Occupational purposes' seperti membuat surat permohonan, resume dan komunikasi telefon. anggaplah anda sudah mahu melangkah ke alam pekerjaan


Mengikut minat aku bercita cita untuk memilih perkara yang berlainan dengan Projek Tahun Akhir lantas menyenarai pendek pilihan kepada biosekuriti, ekologi muara bakau dan pemuliharaan buaya. Surat dan resume telahpun dihantar kepada Biosekuriti Perikanan Pahang, Pusat Eko Pelajaran Larut Matang Perak, Taman Negara Tanjung Piai, dan Taman Buaya dan Rekreasi Melaka. Tiada respon bagi aspek paya bakau
tetapi respon yang baik daripada pihak Biosekuriti dan Taman Buaya. Namun atas faktor jarak dan tempat tinggal aku telah mengambil keputusan untuk memilih Taman Buaya Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Cik Kasmawati dan Datin Norhayati atas bantuan dan pengesahan


Paya Bakau di kawasan Pantai Punggor ,Batu Pahat

Demontrasi penganyaman atap oleh penduduk Kampung Pangkalan Gelap Setiu semasa menyertai program "Kami Sayang Bakau Kami Tanam Bakau

Pokok api api di Kawasan Nurseri Bakau Kampung Pangkalan Gelap, Setiu semasa program "Kami Sayang Bakau Kami Tanam Bakau.

Buaya Tembaga di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka
amacam cantik tak gambar, aku pon sedang mahirkan diri dalam fotografi guna kamera kompak aje
DSLR belum berkemampuan lagi.
cerita di Taman Buaya akan menyusul kemudian tunggguuuu !!!!!

Bersyukurlah kepada Allah atas Nikmatnya

Wednesday, January 30, 2013

Driving Test

Disebabkan QTI lulus aku sangat yakin bahawa aku boleh buat untuk test tersebut. Semasa QTI hujan turun dengan leba hingga menyebabkan institut banjir

 



                                                  aku dapat giliran ke -2 terakhir 

Pada 26/11/12 aku telah menjalani ujian memandu yang dikendalikan oleh JPJ. Aku dikehendaki bayar RM415 lagi untuk melengkapkan kursus. 

Test pun bermula seorang demi seorang mula naik bukit hingga ke 3 penjuru. Lama menunggu sampai juga giliran aku. Alhamdulillah aku lepas ujian bukit. tapi jangan terlalu gembira ada dua lagi halangan yang harus ditempuhi.

tangan diangkat , aku lepas ujian meletakkan kenderaan tapi bila masuk ke 3 penjuru aku diarahkan keluar kerana melanggar garisan. aku kandas. Patah hati dibuatnya

Tak perlu nak fikir sangat aku teruskan pula dengan ujian bhg 3. Ada beberapa kesilapan aku buat , gear tak diguna ikut kelajuan, tak gunakan brek tangan semasa berhenti di simpang. Namun aku lulus, dan pegawai JPJ tu beri nasihat supaya aku berlatih lagi dengan kereta sendiri.

Perkara lucu berlaku apabila dapat tau semua murid cgu kandas bahagian 2 pada ujian hari tersebut.
Tanpa putus asa, aku memutuskan untuk ulang ujian pada minggu hadapan RM 60 dibayar untuk tempahan.
Semasa perjalanan pulang cgu bawa kami makan nasi ayam
jimat duit aku hehehe

Alhamdulillah pada 3/12/12 aku lulus juga ujian memandu. sebenarnya sipi2 kat 3 penjuru nasib baik lepas
kini aku dah boleh memandu , lesen yang ada disambung dengan lesen P moto yang tinggal beberapa bulan
sahaja untuk ke peringkat CDL.

Kata orang setiap perkara ada harganya , disebabkan duit digunakan untuk lesen ada perkara lain aku terpaksa kemudiankan dan makan sikit-sikit je, namun aku puas hati, Kalau tak bila lagi aku nak ambil
lesen ini satu keperluan hidup dan kemudahan selepas belajar nanti



Learning to drive (part 2)

Lepas sebulan terima lesen akhirnya aku mula belajar memandu, nak belajar punya pasal aku sanggup tak
balik cuti pertengahan sem. Nasib baik mak aku faham.

Aku diajar kenali gear, cara pusing stereng dan belok dan peraturan semasa test dan paling penting kawalan kelas. cgu ni simple dan mudah kalau diikutkan masa 8 jam pembelajaran diperlukan tapi kalau
dah boleh memandu dengan baik tak payah 8 kali datang hahahaha.

kali pertama aku diajar pusing2 sebab nak tengok kebolehan aku kawal kereta
bagi yang baru belajar ni hanya dibenarkan guna gear satu dan dua jer yelah buat apa
nak laju-laju

disebabkan aku boleh bawa dengan baik, cgu suruh aku bawa keluar kereta ke jalan raya
sebelum ni aku diberitahu ada 3 laluan untuk jalan raya. laluan A,B dan C kali ni aku dibawa ke laluan A
Jika di jalan raya kami dibenarkan guna sampai gear 4

kali kedua, disebabkan cgu stopa nak handle benda lain aku diajar perkara yang seterusnya oleh cgu Zan
aku diajar cara naik bukit , parking dan 3 penjuru
Puas aku kena marah sebab mati enjin dan terundur masa naik bukit. Biasalah baru belajar
aku kuatkan diri ingat setiap patah langkah yang diajar. Dia kata aku ni penakut, buat apa nak takut

lagipun penting pengawalan kelas bagi kereta manual ni dan agak susah sikit sebab tu ramai aku dapat tau pakai auto daripada manual.

Kali ketiga aku belajar aku dibenarkan untuk memandu seorang diri untuk memahirkan ketiga-tiga olah gerak. Kali keempat aku hadir QTI (Sabtu) terus dilaksanakan masa tu lulus syukur kepada Allah, ini meningkatkanconfident level aku utk test yang telah dijadualkan pada Isnin.


Olahgerak Bahagian 2

                                 Naik Bukit

                                    Parking

3Penjuru 

Laluan Jalan Raya Bahagian 3


Pergerakan keluar masuk Institut

Laluan A

Laluan B (Agro)

                                                                           Laluan C


Kat sini aku tak dapat nak bagi tips dan langkah2 yang dipelajari. Aku tak mahu memandai mandai
kalau nak belajar lihat tips di internet bolehlah lawati blog



Learning to Drive (Part 1)

Assalamulaikum dan salam memandu ,

lama dah tak bertemu,
terbaca berkenaan ada kelas memandu yang murah di Facebook menarik hati aku untuk ambil keputusan
untuk tambah kelas lesen kepada lesen kereta sebab aku dah ada lesen motor 
sebelum ni

Fikir punya fikir aku mintak orang yang post tu PM detail belajar kereta ni dan aku mintak daftar ceramah 
kereta. Panjang namanya. 

aku ingatkan kat area umt ni ajelah terkejut aku bila dapat tau tempat belajar tu kat setiu (lebih kurang sejam
dari Gong Badak ni)  tapi cikgunya sanggup hantar pergi balik aku tak kisahlah yang penting belajar 

nama institut memandu ni Institut Memandu Pakatan (Besut Setiu) Sdn Bhd nama cikgu ktorg ni Cgu Stopa(Mustafa). hari pertama nak pergi ceramah ni aku dibawa naik van ke pusat memandu tersebut . penuh van dlm 8 org nak belajar hari tu.laju dia bawak van ni tak sah kalau tak potong memotong.





pada hari tu aku terjumpa dengan seorang OKU yang nak ambil lesen di bawah cgu stopa ni. aku kagum dia ni hanya ada kaki , aku berpeluang naik kereta yang dipandu gunakan kaki sebab van penuh masa tu , abg Chik namanya, Dia adalah seorang  pelukis yang gunakan mulut, sampai ke peringkat antarabangsa penglibatan dia ni betullah kata orang setiap orang ada kelebihan masing masing dari lukisan tulah dia sara hidupnya. 

Berbalik kepada ceramah memandu tu masa daftar aku kena bayar RM435, Ingatlah setiap kali hadir di ceramah /belajar memandu paling penting baju berkolar dan kasut bertutup kalau tak get out !!!

Ceramah kereta berlangsung selama 2j,Nasib baiklah aku dah hampir 3 tahun stay kat Teganu ni,( dapatlah aku fahami loghat teganu ni) dan apa yang disampaikan oleh penceramah. seminggu lepas ceramah lesen L aku pon keluar tapi aku tak boleh belajar lagi disebabkan kesibukan akademik lepas sebulan (lesen matang) 
aku pun mula belajar memandu