Sunday, November 11, 2012

Coretan KMJ 09/10

Assalamualaikum dan salam sejahtera

                Sedar tak sedar dah tahun ke 3 aku menjejakkan kaki di UMT dan ini bermakna dah 3 hampir tahun juga aku menamatkan pangajian pra universiti /Matrikulasi  di Kolej Matrikulasi Johor a.k.a KMJ @ dlm BI kami memanggilnya JMC.

Ingat lagi trade mark ni masa orientasi --->>> KMJ POWER, INI TANGKAK berdesup kata2 dlm hati  ni

bila tringat meremang tengkuk  >_>

               Berita diterima masuk ke sini ku terima dengan ucapan syukur, org kata bdk2 pandai je yg masuk matrik ni ----->>> minta jangan perasan wahai budak sthn jagung (masa jiran-jiran tahu). belajar di sini merupakan pengalaman baru. Mana taknya inilah first time aku berpisah dengan keluarga. dari tadika sampai F5 aku duduk dgn keluarga. pernahlah jugak mohon utk SBP masa darjah 6 dan F4 tapi tiada rezeki. nak buat mcm mana ...

               berbalik pada perpisahan dengan keluarga >>> culture shock aku dibuatnya bulan pertama pengajian asyik menangis dan telepon mama je
                susahlah ... nak baliklah ...
anak mama lah katakan ... hehehhe
dpt bilik tingkat 4 plak tu hari2 turun naik boleh exercise badan ni ... tu yg maintain je masa matrik dulu

Perkara pertama yg aku jumpa adalah bilik selepas mendaftar  >>> aku sebilik dengan seorang yang hebat Ijad org Kota Tinggi  scorer dia ni +++ atlet , rajin bersukan tak mcm aku membuta jer

Disini kami dibahagikan mengikut program ada pelajar hayat, Fizikal dan Akaun
Hayat (H) ni org2 Biologi bkal Dr. KATANYA haha
Fizikal(F) pelajar aliran Fizik dan Akaun (A) ekonomi dan perakaunan

aku yang berangan nak jadi Dr. ni terpilih lah sebagai pelajar Hayat 27

                 susah nak lupakan kenangan bersama Praktikum aku ni tambahan lagi aku telah mengorbankan diri menjadi ketua bidan terjun sms kelas pertama mcm syok sendiri lah pulak. Igat lagi kelas Kimia pertama diajar Cikgu Zaidi .tapi Alhamdulillah rakan2 menerima peranan aku sehingga habis pengajian terharu  rasanya ...
minta maaf jika aku tak jalankan tugas dgn baik dan menyakitkan hati korang.

                 Rakan H27 ni hebat belaka kami antara praktikum yg teramai jumlah lelakinya ( kat matrik ramai pelajar perempuan lelaki tak ramai ) 8 org lelaki . rata2 praktikum 4-5 org lelaki. selebihnya
kalau nak terangkan pasal dyorang ni mgkin kena buat slot lain. Nama blog ni pon aku ambil sempena perkataan yang digunakan oleh kwn baik H27 ni sesi perjumpaan dengan pensyarah dia panggil "mencari ilham " tu yg membuatkan aku teringat perkataan ni bila jumpa dia.

antara dyorg ada jugak yang belajar kat UMT ni. terubatlah rindu pada KMJ ni bila terjumpa dyorg.

              Pembelajaran kat sini agk tough lah mmg lain dari sekolah sgt2 benda ni pon dah dipesan awl2 ole cikgu kami. style sekolah pon terbawa-bawa lagi pensyarah pon kami panggil cikgu jugak
walaupun dyorg nak dipanggil Encik , Madam.

              Selain belajar aku juga masih mencari haluan diri ni boleh aku katakan juga KMJ ni Kolej Mentarbiah Jiwa. Masjid annur menjadi tempat utk aku berjumpa kwn2 dr praktikum dan prog. berlainan. semua sibuk tak sempat jumpa waktu kelas. Boleh dikatakan banyak pengalaman sekarang aku belajar dari sini. mendalami ilmu agama, berlatih azan dan jadi imam dan lain-lain.

harap2 aku semakin matang bila muhasabah apa yg telah aku buat di sini
ternyata masih jauh perjalanan aku menyusuri lembah dunia yang penuh ujian ini

bak kata ust Don "Segalanya bermula di sini"

akhir kata dari saya Wassalam.


                       iiii       iiiiiiii        iiii  iiii      iiiii  iii            iiiiiiiiiiiiii
                       iii     iiiii              ii    iii     iii     ii                iii
                       iiiii    iiiiiii          iiii      iiiiiii       iiii      iii      iii
                       iiiii      iiiiiiiii       iiii       iii         iiii      iiiiiiiiiiiii








Tuesday, July 31, 2012

Fasilitator Minggu Jalinan Mesra 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sedang sibuk dalam urusan FYP tiba tiba telefon bimbitku berbunyi tertera nama abg Mazzaid Mazelan pada skrin adakah aku ....???

Macam tak percaya berita yang aku terima dua hari lepas.
Hampa hatiku bila aku diletakkan dalam senarai menunggu selepas keluarnya keputusan temuduga untuk Fasilitator (Fasi) masa bulan Mei yang lalu. Senarai ini berkemungkinan terpilih ataupun tidak bergantung kepada kekosangan dan komitmen fasi yang diletakkan dalam senarai utama. Aku berdoa dan berharap akan terpilih untuk fasi kali ini.

Alhamdulillah bersorak kegembiraan aku,  berita yang ku terima dua hari lepas menjawab doa yang aku pinta selama ini. terpilih juga aku sekali lagi. Kenangan semasa berkhidmat pada sesi yang lepas tak mungkin dapat aku lupakan. Semoga pengalaman baru dapat ditimba dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama fasi yang berlainan program pengajian dengan ku disamping mengenali pelajar baru UMT

Apa-apapun kepada semua rakan Fasi saya mengucapkan tahniah dan syabas. Selamat berkhidmat dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik. Go Fasi Go

Friday, July 27, 2012

FYP Bermula



Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama nampaknya tak menulis dalam blog ni maklumlah kehidupan ini banyak batas dan kekangan.

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya hampir masuk tahun ke 3 aku melanjutkan pengajian di UMT ni
dan perkara yang menjadi kesibukan seseorang pelajar tahun akhir ni adalah projek tahun akhir @ Final Year Project.

Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk FYP ni mana tidaknya dalam orang lain sedang bercuti semester kita sedang bersusah payah keluar masuk makmal dan membuat kerja di lapangan semata mata memenuhi tuntutan projek masing-masing yang mempunyai prosedur dan langkah yang tersendiri.

Namun begitu dapatlah aku merasai suasana ramadhan 1433H di kampus sebagaimana semasa tahun satu dahulu. tapi agak terkilan sedikit sebab banyak perkara terlepas sebab kerjaku habis lambat hingga lewat malam. Moga Kau terima ibadah ku sepanjang ramadhan kali ni dan berpeluang untukku bermuhasabah tak tahulah adakah aku akan bertemu dengan ramadan akan datang.


Berbalik pada FYP projek yang akan dikendalikan berkait dengan Bioteknologi dan Mikrobiologi. Satu projek yg menarik berkenaan eksplorasi terhadap bakteria yang boleh menghasilkan "Polyhydroxyalakanaote" sejenis polimer semula jadi yang dihasilkan oleh mikroorganisma. dan polimer/plstik ini bersifat boleh terurai secara semula jadi berbanding dengan polimer sintetik di pasaran sekarang. Kajian ini melibatkan bakteria daripada air dan tanah di kawasan paya bakau.


Supervisor yang memantau projek ini adalah Dr Kesaven Bhubalan baru sahaja setahun mengajar di UMT dan mempunyai pengalaman dalam bioteknologi marin.

All the best for all team mates!!

Tuesday, April 10, 2012

Persinggahan ke Ibu Negeri

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Alhamdulillah pertama kali menulis untuk blog ni ...
setelah setahun kat UMT berpeluang juga diri ni nak naik bas double deck UMT terutamanya balik ke negeri kelahiran sendiri JOHOR utk satu program Sektariat Anak Johor UMT (Sohor)

Jumaat 6/4/2012 

                                          Sebahagian geng yang ikut sama dalam program ni

Sabtu 7/4/2012 
Gembiranya dapat bersama sama menikmati makan malam kat Hotel New York JB dengan MB Johor
Datuk Abdul Ghani Othman begitu juga dgn mahasiwa/i IPT yang lain .First time nampak beliau di depan mata walaupun tak duduk semeja. Beliau mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga (baju rasmi Johor)

                                                                   New York Hotel JB

 Datuk Abdul Ghani Othman
                                                              
Pada malam tu kami berpeluang beramah mesra dengan orang2 kerajaan juga satu  meja ada satu VIP meja saya dihadiri oleh Pengerusi JK Belia dan Sukan Negeri YB Tn Hj Md Jais Hj Sarday dapat lah kami betukar-tukar pendapat dan ilmu dgn beliau bukan senang nak duduk dengan YB 

Ahad, 8/4/2012

Peserta dibawa melawat ke Wilayah Iskandar Malaysia. dari lawatan ni barulah tahu bahawa semakin maju dan berkembang infrastruktur dalam wilayah ni x pernah tahu pun ada maklumlah dah lama tak pergi JB dan ambil tahu perkembangannya

Gambar di Information Center : Projek Legoland yang akan dibuka september  ini











 

Bangunan Sultan Ismail: Dewan  Persidangan Negeri

Kubah Cahaya


Ruang Legar Information Center