Thursday, October 24, 2013

Latihan Industri di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka

Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh yang Maha Esa untuk terus menaip bagi memeriahkan blog pencari ilham ini

Oklah sebelum ini aku dah cerita sedikit sebanyak proses yang dilalui sebelum menjalani LI kali ni kita teruskan pula coretan semasa menjalani LI di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM) Ayer Keroh di Bumi Hang Tuah penuh bersejarah ini.

Tempoh LI yang diwajibkan oleh jabatan sains marin adalah selama 8 minggu ataupun 2 bulan bermula 25 jun 2013 hinggalah 26 Ogos 2013. Satu pengalaman bagi aku apabila keluarga telah menguruskan pembelian sebuah motosikal untuk aku gunakan sepanjang LI di Melaka. Memandangkan aku belum biasa menunggang motosikal jauh ditambah pula barang yang tidak sesuai untuk dipikul menaiki motosikal aku diiringi ayah dengan menaiki keretanya untuk ke Melaka.aku telah menyewa sebuah bilik di Pangsapuri Taman Tasik Utama area MITC, tak jauh pun dari tempat LI 5 minit je.
Aku dan JNM 
Rumah sewaku di tingkat 4 letih naik tangga wooaa


Aku telah melapor diri pada 25 Jun 2013, hari pertama aku diperkenalkan dengan beberapa kakitangan TBRM Kak Ida pembantu Tadbir , Pemandu Abg Jepp, juru selenggara Pak Cik Azmi dari unit operasi Abg Isa , Roland, saifullah, Faiz, Mamat,Maman,Paep.

Aku memberitahu kepada pihak TBRM tentang minat aku terhadap buaya dan ingin mempelajari sedikit sebanyak tentang reptilia ini. Sepanjang LI di sini aku telah ditugaskan untuk membersihkan kolam buaya, memberi makan buaya dan memberikan penerangan kepada pengunjung tentang  buaya serta mempromosikan makanan buaya. Satu pengalaman menarik apabila berpeluang masuk ke dalam kolam kurungan buaya untuk membersihkannya dan member reptilia makan

sapu jangan tak sapu 

sambar sambar sambar 

TBRM bukan sahaja mempunyai buaya sebagai daya tarikan utama, haiwan lain seperti arnab anggola, ular sawa, Anakonda, pelbagai jenis burung, kura-kura ,tuntung dan ikan koi . Pengunjung berpeluang untuk membeli pek makanan untuk diberikan kepada arnab dan burung. Aktiviti terbaru semasa aku menjalani LI di sini adalah memberikan ikan koi makan menggunakan botol susu. Aku telah ditugaskan bagi mempromosikan produk jualan tersebut kepada pengunjung yang hadir. Unit jualan dan akaun yang banyak membantu Fara, Aiman dan terbaru Yana

mempromosikan aktiviti menyusukan ikan Koi

adik ni pun dah cuba susukan ikan 
main dengan arnab pon boleh 

burung pun ada di Aviary Corner 

Ular Bakau di Rumah Reptilia 

Aktiviti yang dinantikan oleh pengunjung adalah pertunjukan manusia bersama buaya yang diadakan pada hujung minggu, pertunjukan ini dimulakan dengan pertunjukan silap mata, tarian tradisional, aksi memasukkan tangan ke dalam mulut buaya dan terakhir aksi memasukkan wang kertas ke dalam mulut buaya menggunakan mulut pelaksana TBRM. Pertunjukan dimeriahkan lagi dengan kehadiran TC Boy maskot TBRM.Bagi aktiviti rekreasi terdapat juga Taman Tema Air, Rumah Hantu dan Kereta api. Sememangnya sesuai untuk destinasi sekeluarga


Selain menguruskan haiwan yang terdapat di sini kerja pembersihan kawasan sekitar juga perlu dilakukan demi keselesaan pengunjung dan menambahkan lagi seri kawasan taman landskap yang menarik akan menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bergambar

Dalam masa yang sama peristiwa besar dalam hidup umat Islam turut dilalui iaitu Ramadhan dan Syawal. Berpuasa di tempat orang dah jadi kebiasaan sejak tahun satu di UMT berbuka di masjid menjadi pilihan apabila ada juadah berbuka puasa disediakan di Masjid Al Alami Mitc. Kehadiran IM Hizbur di Jasin menyebabkan aku sanggup hadir ke Jasin yang mengambil masa setengah jam dari Ayer keroh. Pulang ke Batu Pahat bermotosikal dua minggu sekali mematangkan sikap aku di jalan raya

Bersama IM Hizbur di Masjid Al-Ghaffar Jasin


Bersyukur juga dapat menyertai kelas latihan PSSCM Cawangan Melaka walaupun agak letih selepas seharian berpuasa dan bertugas. Dapatlah mengeratkan silaturrahim dengan ahli di sekitar Melaka di samping bersedia untuk Ujian Sijil Rendah 
Rumah cawangan PSSCM Melaka

Raya Aidilfitri pula disambut dengan meriah tapi sederhana tambahan pula baru kematian nenek ayah bulan Mei lalu
Sambutan Aidilfitri disertai cuti sekolah meningkatkan sambutan pengunjung setelah banyak aktiviti dihentikan seketika semasa ramadhan  

Masa dua bulan tak lama sekejap sahaja penyelia UMT Dr. Razak Zakaria telah datang menilai pada minggu terakhir aku menjalani LI. Tamatlah sudah perjalanan LI ku terima kasih kepada GM TBRM En Muhaimin dan Pegawai Operasi En sarath atas penempatan LI di sini. 

1 comment:

  1. salam,nak tanya macam mana nak buat permohonan untuk buat latihan industri di taman buaya di melaka?

    ReplyDelete