Sunday, November 11, 2012

Coretan KMJ 09/10

Assalamualaikum dan salam sejahtera

                Sedar tak sedar dah tahun ke 3 aku menjejakkan kaki di UMT dan ini bermakna dah 3 hampir tahun juga aku menamatkan pangajian pra universiti /Matrikulasi  di Kolej Matrikulasi Johor a.k.a KMJ @ dlm BI kami memanggilnya JMC.

Ingat lagi trade mark ni masa orientasi --->>> KMJ POWER, INI TANGKAK berdesup kata2 dlm hati  ni

bila tringat meremang tengkuk  >_>

               Berita diterima masuk ke sini ku terima dengan ucapan syukur, org kata bdk2 pandai je yg masuk matrik ni ----->>> minta jangan perasan wahai budak sthn jagung (masa jiran-jiran tahu). belajar di sini merupakan pengalaman baru. Mana taknya inilah first time aku berpisah dengan keluarga. dari tadika sampai F5 aku duduk dgn keluarga. pernahlah jugak mohon utk SBP masa darjah 6 dan F4 tapi tiada rezeki. nak buat mcm mana ...

               berbalik pada perpisahan dengan keluarga >>> culture shock aku dibuatnya bulan pertama pengajian asyik menangis dan telepon mama je
                susahlah ... nak baliklah ...
anak mama lah katakan ... hehehhe
dpt bilik tingkat 4 plak tu hari2 turun naik boleh exercise badan ni ... tu yg maintain je masa matrik dulu

Perkara pertama yg aku jumpa adalah bilik selepas mendaftar  >>> aku sebilik dengan seorang yang hebat Ijad org Kota Tinggi  scorer dia ni +++ atlet , rajin bersukan tak mcm aku membuta jer

Disini kami dibahagikan mengikut program ada pelajar hayat, Fizikal dan Akaun
Hayat (H) ni org2 Biologi bkal Dr. KATANYA haha
Fizikal(F) pelajar aliran Fizik dan Akaun (A) ekonomi dan perakaunan

aku yang berangan nak jadi Dr. ni terpilih lah sebagai pelajar Hayat 27

                 susah nak lupakan kenangan bersama Praktikum aku ni tambahan lagi aku telah mengorbankan diri menjadi ketua bidan terjun sms kelas pertama mcm syok sendiri lah pulak. Igat lagi kelas Kimia pertama diajar Cikgu Zaidi .tapi Alhamdulillah rakan2 menerima peranan aku sehingga habis pengajian terharu  rasanya ...
minta maaf jika aku tak jalankan tugas dgn baik dan menyakitkan hati korang.

                 Rakan H27 ni hebat belaka kami antara praktikum yg teramai jumlah lelakinya ( kat matrik ramai pelajar perempuan lelaki tak ramai ) 8 org lelaki . rata2 praktikum 4-5 org lelaki. selebihnya
kalau nak terangkan pasal dyorang ni mgkin kena buat slot lain. Nama blog ni pon aku ambil sempena perkataan yang digunakan oleh kwn baik H27 ni sesi perjumpaan dengan pensyarah dia panggil "mencari ilham " tu yg membuatkan aku teringat perkataan ni bila jumpa dia.

antara dyorg ada jugak yang belajar kat UMT ni. terubatlah rindu pada KMJ ni bila terjumpa dyorg.

              Pembelajaran kat sini agk tough lah mmg lain dari sekolah sgt2 benda ni pon dah dipesan awl2 ole cikgu kami. style sekolah pon terbawa-bawa lagi pensyarah pon kami panggil cikgu jugak
walaupun dyorg nak dipanggil Encik , Madam.

              Selain belajar aku juga masih mencari haluan diri ni boleh aku katakan juga KMJ ni Kolej Mentarbiah Jiwa. Masjid annur menjadi tempat utk aku berjumpa kwn2 dr praktikum dan prog. berlainan. semua sibuk tak sempat jumpa waktu kelas. Boleh dikatakan banyak pengalaman sekarang aku belajar dari sini. mendalami ilmu agama, berlatih azan dan jadi imam dan lain-lain.

harap2 aku semakin matang bila muhasabah apa yg telah aku buat di sini
ternyata masih jauh perjalanan aku menyusuri lembah dunia yang penuh ujian ini

bak kata ust Don "Segalanya bermula di sini"

akhir kata dari saya Wassalam.


                       iiii       iiiiiiii        iiii  iiii      iiiii  iii            iiiiiiiiiiiiii
                       iii     iiiii              ii    iii     iii     ii                iii
                       iiiii    iiiiiii          iiii      iiiiiii       iiii      iii      iii
                       iiiii      iiiiiiiii       iiii       iii         iiii      iiiiiiiiiiiii








No comments:

Post a Comment