Tuesday, July 31, 2012

Fasilitator Minggu Jalinan Mesra 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sedang sibuk dalam urusan FYP tiba tiba telefon bimbitku berbunyi tertera nama abg Mazzaid Mazelan pada skrin adakah aku ....???

Macam tak percaya berita yang aku terima dua hari lepas.
Hampa hatiku bila aku diletakkan dalam senarai menunggu selepas keluarnya keputusan temuduga untuk Fasilitator (Fasi) masa bulan Mei yang lalu. Senarai ini berkemungkinan terpilih ataupun tidak bergantung kepada kekosangan dan komitmen fasi yang diletakkan dalam senarai utama. Aku berdoa dan berharap akan terpilih untuk fasi kali ini.

Alhamdulillah bersorak kegembiraan aku,  berita yang ku terima dua hari lepas menjawab doa yang aku pinta selama ini. terpilih juga aku sekali lagi. Kenangan semasa berkhidmat pada sesi yang lepas tak mungkin dapat aku lupakan. Semoga pengalaman baru dapat ditimba dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama fasi yang berlainan program pengajian dengan ku disamping mengenali pelajar baru UMT

Apa-apapun kepada semua rakan Fasi saya mengucapkan tahniah dan syabas. Selamat berkhidmat dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik. Go Fasi Go

No comments:

Post a Comment