Friday, July 27, 2012

FYP Bermula



Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama nampaknya tak menulis dalam blog ni maklumlah kehidupan ini banyak batas dan kekangan.

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya hampir masuk tahun ke 3 aku melanjutkan pengajian di UMT ni
dan perkara yang menjadi kesibukan seseorang pelajar tahun akhir ni adalah projek tahun akhir @ Final Year Project.

Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk FYP ni mana tidaknya dalam orang lain sedang bercuti semester kita sedang bersusah payah keluar masuk makmal dan membuat kerja di lapangan semata mata memenuhi tuntutan projek masing-masing yang mempunyai prosedur dan langkah yang tersendiri.

Namun begitu dapatlah aku merasai suasana ramadhan 1433H di kampus sebagaimana semasa tahun satu dahulu. tapi agak terkilan sedikit sebab banyak perkara terlepas sebab kerjaku habis lambat hingga lewat malam. Moga Kau terima ibadah ku sepanjang ramadhan kali ni dan berpeluang untukku bermuhasabah tak tahulah adakah aku akan bertemu dengan ramadan akan datang.


Berbalik pada FYP projek yang akan dikendalikan berkait dengan Bioteknologi dan Mikrobiologi. Satu projek yg menarik berkenaan eksplorasi terhadap bakteria yang boleh menghasilkan "Polyhydroxyalakanaote" sejenis polimer semula jadi yang dihasilkan oleh mikroorganisma. dan polimer/plstik ini bersifat boleh terurai secara semula jadi berbanding dengan polimer sintetik di pasaran sekarang. Kajian ini melibatkan bakteria daripada air dan tanah di kawasan paya bakau.


Supervisor yang memantau projek ini adalah Dr Kesaven Bhubalan baru sahaja setahun mengajar di UMT dan mempunyai pengalaman dalam bioteknologi marin.

All the best for all team mates!!

No comments:

Post a Comment