Friday, May 9, 2014

Bisnes itu satu kerjaya

Assalamualaikum kepada kawan2 blogger sekelian 

dah lama tak mengemaskini dan memberikan cerita terbaru sibuk dah mula berbisnes sekarang ni 
pada tajuk di atas mungkin agak pelik terutamanya bagi sesiapa yang langsung tak ada asas dalam bisnes tiba-tiba nak menjadikan bisnes sebagai satu kerjay pilihan.

pada awalnya aku ni tak minat berbisnes sebenarnya, tapi tak tahulah nampak ada kawan buat bisnes top up aku terfikir untuk sertainya semasa tahun 1 di UMT . dari situ minat itu mula bercambah. lagipun sebenarnya dari kecil lagi aku dah nampak ayah selalu terlibat dengan macam macam bisnes terutamanya MLM, Direct selling a.k.a jualan langsung untuk mendapatkan pendapatan sampingan selain daripada kerja makan gaji namun sayangnya dia tak berjaya sebagaimana yang dijanjikan oleh upline dia yang mungkin hanya sembang kencang. 

pada tahun akhir di UMT aku pula diwajibkan  mengambil kursus Asas Keusahawanan pada masa yang sama aku juga diperkenalkan oleh rakan satu program dengan aku untuk menjadi  jualan Extra Moist Chocolate Cake. tugas aku adalah mengambil stok daripada dia, ambil pesanan dan jual kek tu. aku jadi wakil agen di blok hostel lelaki.  tak sangka sambutannya amat menggalakkan di seluruh kawasan hostel, terutamanya perempuan lelaki dah rasa sekali pada mereka cukup tapi tak bagi perempuan RM5 semangkuk kek tak ada hal 

berbalik pada asas keusahawanan tu aku kena sertai pasukan, rancang perniagaan dan sertai ekspo, masa tu kami memilih untuk menjual barangan sukan. Kursus tu membuka mata aku dalam perniagaan tapi hala tuju masih sukar dilihat. Aku mencabar diri dengan ambil kursus Islam dan Ekonomi, nak berniaga kena tahu panduan ekonomi dalam Islam kalau tak mencari ilmu nak buat apa pun tak boleh rugilah kalau tak ambil peluang ni. 

sebetulnya yang membuka mata dan membuat perbincangan untuk membuat pasukan perniagaan adalah kawan aku dari program berbeza dari jabatan yang sama Kay & Adlan. Mana taknya kami memilih nak buat bisnes dengang bisneslah boleh menjana pendapatan sendiri tak mengaharapkan makan gaji ada inovasi dan tak terikat. Lagi pun perniagaan itu sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Dengan perniagaanlah dapat harta yang boleh diinfakkan untuk agama dan membantu masyarakat yang memerlukan. Tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah 

Tapi aku lihat masyarakat ni benci sangat berniaga mana tak nya sistem kapitalis acuan Barat menyebabkan masyarakat tertindas semuanya bermula selepas kejatuhan khalifah Islam.Kalau nak membenci sampai bila lebih baik guna apa yang Islam ajar untuk ubah sistem yang salah, barat sendiri pun mengakuinya kenapa kita tak ambil peluang ini. 


No comments:

Post a Comment